|
| Syidatina Fatimah, Penghulu Wanita Syurga |
|
muslimah writes "Dia membesar dalam
suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih
memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil
alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas
rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.
Di sebalik
kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah.
Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas
ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah
daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang
dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan
sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara
halusnya mengalunkan irama Al Quran.
Di waktu umurnya mencapai
18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya.
Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya
tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin
kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan
penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah,
suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang
diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam.
Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang
pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha
dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra
daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat
berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah
SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.
"
|
|
|
|
|
| Purdah: Antara Perbandingan Hukum |
|
Hakinaz08 writes "Purdah Antara perbandingan hukum. Oleh : Dr Yusuf Qardhawi Ulama ada berpendapat wajib dan ada juga yang berpendapat harus. Kadangkala ketidakmampuan kita menguasai al quran dan as sunah terpaksa merujuk kepada tulisan ulama'. Maka ada yang berpendapat wajib dan juga harus. Penilaian kita selaku golongan muttabi', iaitu golongan yang mengikut dalil, bukan individu tertentu seperti muqallid.
Ada dua pendapat; pertama menyatakan bahawa purdah ini adalah satu rekaan yang dimasukkan ke dalam Islam. Bagi mereka purdah ini adalah bid'ah, iaitu setiap perkara yang tidak datang dari Allah dan Rasul SAW. Berlawanan dengan pendapat ini, ada yang mengatakan sesungguhnya purdah adalah dari Islam sendiri. Mwnutup muka adalah kewajipan agama yang tidak harus dianggap sambil lewa. Jangan kita musykil, saya akan terus perbahaskan benda furuk ini. Yang penting, metodologi kita bersumberkan Al Quran dan As Sunah. Mengimbangi antara nas yang cabang dan maqasid kulli, tujuan syarak yang menyeluruh. Kita harus berfikiran lapang dalam menerima dan melihat dalil setiap ulama'.
Ulama secara asas, berpendapat masalah ini merupakan masalah khilafiah, menimbulkan keraguan dan pertikaian yang tidak mempunyai nas yang tepat. Ulama' berselisih dari zaman silam hingga ke hari ini.
"
|
|
|
|
|
| Dosa Penghalang Kehidupan |
|
Mai-ayu writes "Jika kita lihat pada masa kini, ramai anak-anak yang membiarkan ibu bapanye sunyi di kampung-kampung. Disebabkan kesibukan kerje dan tempat tinggal yg jauh, mereka jarang melawat ibu bapanye di kampung-kampung. Mereka seolah-olah lupa pada jasa ibu bapa yang telah mebesarkan mereka, yang telah banyak berkorban untuk melihat mereka berjaya. Jika kita imbas kembali saat-saat kita dilahirkan, betapa gembiranya ibu bapa kita menyambut kedatangan kita. Di berinya kita nama yang baik-baik agar menjadi insan yang terbaik. Pada masa itu, ibu bapa kite terpaksa melayan banyak kerenah kita, di tengah-tengah malam kita menangis, si ibu yang walaupun penat tetap bangun menyusukan anaknye. Si ayah juga turut berjaga menemankn si ibu walaupun si ayah terpaksa bekerja di keesokkn paginya. Adakah kita ingat semua jasa mereka ini. Keinginan kita mereka sedaya upaya akan penuhi walaupun kadang-kadang apa yang kite minta itu mereka tidak mampu untuk berikan. Sesungguhnya dalam diri ibu bapa kite, Allah s.w.t telah mencampakkan sifat kasih sayang yang tiada tandingannye. Kasih sayang suami pada isteri tidak sama dengan kasih saying ibu bapa pada anaknye kerana kasih sayang ibu bapa adalah kasih sayang mutlak. Walaupun acap kali kita buat salah, mereka tetap sayang kita. Mereka x jemu menasihatkan kita malah terus mendokan kita.. Janganla kita lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita. "
|
|
|
|
|
|
Kaabah Pusat Bumi???
Sebagaimana yang kita
sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana
mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat.
Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah
matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa
pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir
telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru
dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang
kejuruteraan awam.
|
|
|
|
|
| Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita |
|
muslimah writes "Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik
jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak
seratus dinar.
Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah
yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu
tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui,
bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang
sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari
pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
Setelah wang sebanyak
seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu
serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda,
oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang
seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”
Wanita pelacur itu
berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
Dengan tidak berfikir panjang, ahli
ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita
itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu
duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”
"
|
|
|
|
|
| 10 Jawapan Mengatasi Bisikan Iblis |
|
Ada sepuluh cara
setidaknya, agar kita bisa menjawab godaan syaitan yang selalu
ingin menjerumuskan kita ke jurang neraka. Cara praktis
mengusir iblis dan bala tentaranya itu tertuang nasihat
seorang ulama dalam dialog antara manusia dan iblis:
1. Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Anakmu mati,"
katakan kepadanya : Sesungguhnya mahluk hidup diciptakan untuk
mati, dan putraku akan masuk surga. Dan hal itu membuatku
bahagia".
2. Jika ia datang kepadamu dan berkata:"
Hartamu musnah," katakan kepadanya : "Segala puji bagi Allah
Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku
kewajiban zakat."
3. Jika ia datang kepadamu dan
berkata:" Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak
menzalimi seorangpun." maka katakan kepadanya : "Siksaan akan
menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa
orang-orang yang berbuat kebajikan (Mukhsinin)".
4.
Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Betapa banyak
kebaikanmu," dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga
diri(Ujub). Maka katakan kepadanya: "Kejelekan-kejelekanku
jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".
|
|
|
|
|
| Keistimewaan Bumi BaitulMaqdis |
|
ummuhabibah writes "Antara keistimewaan bumi BaitulMaqdis yg diikiraf ALLAH swt dalam kalamNya yg mulia dan hadis Rasulullah saw : 1) Dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjidil Aqsa; (i) Masjid kedua dicipta ALLAH swt di muka bumi ini ( HR Bukhari & Muslim-Nabi saw pernah ditanya "Masjid apakah yg pertama dibina di atas muka bumi ini?".Baginda saw menjawab "Masjidil Haram". "Selepas itu masjid apakah pula?". Baginda saw menjawab "Masjidil Aqsa."
"
|
|
|
|
|
| penilaian ke atas sebaran wajib diam ketika azan |
|
Hakinaz08 writes " Pernahkah anda mendapat sebaran berbunyi begini: Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkandiri ketika azan, jika tidak Allah akankelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya.
Saya seringkali mendapat sebaran dengan kenyataan sedemikian. Terlalu penat untuk saya menjelaskan kepada setiap seorang yang menyebarkan mesej sebegitu seorang demi seorang. Maka saya himpunkan penjelasan mengenainya ke dalam entri kali ini.
Moga entri kali ini membantu rakan-rakan yang lain memperoleh penjelasan mengenainya dan sebagai bahan menjelaskan kepada mereka yang masih menyebar tanpa periksa.
"
|
|
|
|
|
|
Taqiey writes "kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam.
"
|
|
|
|
|
|
Taqiey writes "Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.
Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "
|
|
|
|
|
| |