Amy,
seperti dilaporkan sebelum ini telah turut mengikut jejak sebahagian rakan
artisnya yang telah kembali memilih jalan yang lurus. Jalan sebenar kembali
kepada Allah, tuhan yang menganugerahkan segala bakat dan kebolehan kepada
hambanya untuk memilih cara hidup masing-masing di muka bumi.
Assalamu'alaykum,
Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy
Search dulu yang dapat saya kenali dan jumpa secara dekat. Ingatkan Mawi yang
mendahului, rupanya Amy Search dulu yang lebih bersedia untuk mengubah cara
hidup dunia seorang artis. Ingatkan Siti, isteri Amy Search dulu yang dah tetap
kenakan tudung muslimat yang menambah kecantikan diri.
Haa, kira tersengih juga saya dapat beraya di rumah Amy
Search di kediaman mewahnya di Damansara kali ini. Isk, glamour juga rasanya
dapat bersalam dengan artis tersohor sampai nak juga bersohor dalam blog ni..
Sebab pun budak - budak remaja terlompat - lompat bila dapat jumpa dan bersalam
dengan artis kesayangan mereka. Sesetengahnya terkinja - kinja macam beruk kena
belacan. Seronok sangat rupa - rupanya..
Saya yang taklah minat Amy Search pun jadi seronok juga dapat bersalam dengan
artis. Kalaulah aku ni artis, mesti melompat - lompat orang nak bersalam dengan
aku.. he he
Selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat minggu lepas, kawan saya, Ustaz
Norazli Musa Taliban mengajak saya untuk beraya di rumah Amy pada petang itu.
Katanya, Amy dah dua kali sms supaya datang ke rumahnya. Bukan main eksen lagi
beliau tunjukkan sms tu pada saya sambil mengusap - ngusap janggutnya yang
panjang sampai ke bawah pusat itu. Hah, perasan lebih - lebih pula ustaz
Taliban Qandahari Afghani ni.. Ingatkan saya, dia dulu yang perasan rupa -
rupanya.
Kebetulan Ustaz Riduan Mohd Nor, AJK DPP Pusat juga buat rumah terbuka di
rumahnya di Kampung Padang Balang, Gombak, kami dan sahabat yang lain ke rumah
beliau dulu. Rupa - rupanya beliau pun berhajat untuk turut beraya di rumah
Amy. Dia juga dapat sms selamat hari raya, siap dengan tazkirah versi sms pula
daripada Amy. Tunjuk eksen, dia bacakan pula sms Amy pada murid - muridnya di
St Victoria School. Terkejut beruklah mereka, ustaz kaki ceramah, kaki
demontrasi dan kaki sup kaki ni pun boleh terima sms daripada artis pujaan
mereka?!
Jadi, kami, juga saudara Khairul Faizi ( http://minda-kembara.blogspot.com
- untuk gambar, sila ke laman beliau) dan saudara Suhaizan Kayat ( Ketua
Penerangan DPPP ) pun bersama - sama ke rumah Amy. Jumpa Amy di rumahnya
mengembirakan semua. Dia yang dah kenal awal Ustaz Norazli dan Ustaz Riduan
yang pernah menziarahinya sebelum ini menyambut kami dengan ramah sekali.
Kebetulan kumpulan Rabbani sedang menyempurnakan bacaan tahlil dan sekumpulan
anak - anak dari asrama anak yatim juga turut hadir. Ramai juga rakan - rakan
artisnya turut hadir walaupun dah lewat petang. Kami sempat berbual dan
berkenalan walaupun tidak lama kerana kesibukannya melayan tetamu yang
lain.Amy, seperti dilaporkan sebelum ini telah turut mengikut jejak sebahagian
rakan artisnya yang telah kembali memilih jalan yang lurus. Jalan sebenar
kembali kepada Allah, tuhan yang menganugerahkan segala bakat dan kebolehan
kepada hambanya untuk memilih cara hidup masing - masing di muka bumi. Apabila
hambanya tahu berterima kasih, sudah pasti dia akan memilih jalan yang lurus
untuk bersyukur dan kembali kepada tuhannya. Jika tidak, digunakan bakat dan
kebolehannya pada jalan kemurkaanNya.Kerana rahmatNya, peristiwa kembali dan
taubat terus menyuburkan kehidupan manusia di bumi. Ada yang menemui setelah
lama bergelap pekat dalam kehidupan tanpa syahadah. Ada yang kembali setelah
lama hanyut terbuai mimpi. Ada yang kembali setelah lama bertangguh dan menanti
- nanti. Semuanya kerana rahmat dan kasih sayangNya terhadap hamba - hambanNya.
Dulu tersohor kerana dijulang - julang iblis dan syaitan. Bila kembali, jadi
tersohor juga dijulang para malaikat Allah.
Taubat artis cukup mengembirakan semua. Mereka adalah idola dalam masyarakat,
terutama golongan remaja yang hidup alpa dan lalai. Artis, kebanyakannya
memimpin mereka ke lembah yang lebih gelap. Apabila mereka bertaubat, sudah
pasti mereka akan bersungguh - sungguh menyempurnakan taubat mereka dengan
kembali berdakwah di jalan Allah bersama para pendakwah yang lain.
Sudah pasti mereka lebih pakar untuk menguasai remaja yang begitu menggilai dan
memuja mereka. Dunia dakwah menjadi semakin meriah.
Macamlah pemimpin Umno masuk Pas. Kebanyakannya kerana taubat yang benar. Macam
Ustaz Hamid Derani di Kelantan yang telah masuk Pas beberapa bulan lepas. Hari
ini beliau adalah penceramah top lepas Tok Guru. Katanya, beliau akan terus
berceramah di tempat mana beliau berceramah masa dalam Umno dulu demi
menyelamatkan orang yang disesatkannya dulu.
Kita doakan istiqamah untuk Amy Search dan kita jua. Menukar cara hidup
memerlukan istiqamah dan keikhlasan yang tinggi. Ilmu adalah pemyelamat.
Saya sempat bersalam dengannya sebelum pulang. Beliau nampak seronok jumpa saya
sebagaimana saya juga. Saya jemputnya ke rumah jika beliau ke Kelantan nanti.
Beliau berbesar hati sangat untuk jumpa ayahanda Tuan Guru. Katanya, isterinya
juga sering menyebut - nyebut untuk jumpa ayahanda.
Saya terserempak pula dengan Ustaz Badrul Amin, mentor taubatnya di Mekah yang
kebetulan baru sampai. Ini pun ustaz reformasi yang hebat!
Jangan terkejut jumpa saya di Dataran Merdeka nanti dengan Amy di kanan saya
dan Isabella di sebelah kiri!!
Jom, reformasi bersama Amy Search!!