| IslahSite |  Bentukkan Ukhuwah, Hidupkan Jemaah
  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 

Featured Links: Caribbean Medical Schools @ Aquarium and Fish
Dosa Penghalang Kehidupan 
artikel umumMai-ayu writes "Jika kita lihat pada masa kini, ramai anak-anak yang membiarkan ibu bapanye sunyi di kampung-kampung. Disebabkan kesibukan kerje dan tempat tinggal yg jauh, mereka jarang melawat ibu bapanye di kampung-kampung. Mereka seolah-olah lupa pada jasa ibu bapa yang telah mebesarkan mereka, yang telah banyak berkorban untuk melihat mereka berjaya. Jika kita imbas kembali saat-saat kita dilahirkan, betapa gembiranya ibu bapa kita menyambut kedatangan kita. Di berinya kita nama yang baik-baik agar menjadi insan yang terbaik. Pada masa itu, ibu bapa kite terpaksa melayan banyak kerenah kita, di tengah-tengah malam kita menangis, si ibu yang walaupun penat tetap bangun menyusukan anaknye. Si ayah juga turut berjaga menemankn si ibu walaupun si ayah terpaksa bekerja di keesokkn paginya. Adakah kita ingat semua jasa mereka ini. Keinginan kita mereka sedaya upaya akan penuhi walaupun kadang-kadang apa yang kite minta itu mereka tidak mampu untuk berikan. Sesungguhnya dalam diri ibu bapa kite, Allah s.w.t telah mencampakkan sifat kasih sayang yang tiada tandingannye. Kasih sayang suami pada isteri tidak sama dengan kasih saying ibu bapa pada anaknye kerana kasih sayang ibu bapa adalah kasih sayang mutlak. Walaupun acap kali kita buat salah, mereka tetap sayang kita. Mereka x jemu menasihatkan kita malah terus mendokan kita.. Janganla kita lupa untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita.





Adakah kita masih ingat lagi ketika kita sakit, ibu bapa amat risau akan kite. Mereka akan melayan kita dengan penuh kesabaran dan akan sentiasa doakan kita agar kita cepat sembuh. Penulis juga sendiri mempunyai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan iaitu ketika sedang sakit, ibu bapa yang dari johor sanggup di tengah-tengah malam datang ke shah alam untuk membawa anaknye ini pulang dan dapatkan rawatan yang terbaik. Inilah yang dikatakan bahawa kasih sayang ibu bapa adalah kasih sayang yang mutlak. Walaupun si bapa terpaksa kerje di keesokkan paginye, tapi mereka lebih utamakn anaknye. Penulis pasti setiap diri pembaca juga mempunyai situasi yang sama, ini kerana tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknye. *****e kita sahaja yang kadang-kadang tidak nampak atau buat-buat x nampak bagaimana care mereka meluahkan kasih sayang mereka pada kita. Bila kita berjauhan dengan mereka,sudah pasti perasaan rindu yang teramat sangat itu akan lahir dalam diri ibu bapa kita. Kadang-kadang bila kite menelefon mereka, soalan sama mereka akan tanya kita. Kita da solat ke belum, sihat ke x,makan ape hari ini, belajar macam mane. Inilah soalan-soalan yang akan mereka tanya kita. Janganlah kite merasa malas untuk menjawabnye walaupun kite rase jawapan itu ibu bapa kita da taw. Sebenarnya mereka ingin berbual-bual dengan kita,mereka rindukan kita. Tp..adakah kita sedar semua itu, dalam seminggu berapa kali kita call mereka??? Adakah kita masih berkira-kira dengan duit yang kite dapat, rezeki yang Allah beri ini untuk menelefon mereka. Jika perkara sekecil ini pun kite berkira, cube kite kira balik berapa banyak yang ibu bapa kite telah belanjakn untuk membesarkan kita. Tiada nilaiannya. Harga mereka bangun di tengah-tengah malam melayan kerenah kita sampai mata mereka menjadi merah di siang hari tiada nilaiannye dengan wang kertas.


Kita selalu dengar janganlah kamu mengatakan �gOh..�h sekalipun pada ibu bapa kamu. Saya penah terdengar satu ceramah mengenai huraian perkataan �gOh�h ini dan penceramah itu menerangkan bahawa apa yang di maksudkan dengan �gOh�h itu adalah satu kata-kata sempadan durhaka kepada ibu bapa. Kita juga selalu dengar kisah ini iaitu apabila kita menunaikan solat sunat, dan bila ibu kita panggil kita sampai 3 kali, dan kita tidak menyahut dan tetap terus dengan solat sunat kite, maka itu pun sudah di katakan durhaka pada ibu. Ini kerana , untuk menyahut panggilan ibu kali yang ke3 ketika kita sedang solat sunat itu adalah wajib.


Ada satu yang berlaku kepada seorang bekas pelajar. Dia amat mencintai ilmu dan ingin mendalami ilmu agama. Dia berkata pada ibu nya agar membenarkan dia pergi menuntut ilmu dan bila dia berjaya dia berjanji akan membantu keluarganya. Tetapi disebabkan kesempitan wang pada masa itu, ibunye begitu berat untuk melepaskannya. Tetapi disebabkan keinginan si anak tadi yg bersungguh-sungguh ingin menuntut ilmu, maka ibunya melepaskannya dengan hati yang berat. Selama setahun dia belajar dia x lulus, walaupun dia adalah seorang pelajar yang rajin. Akhirnye dia pun rujuk kepada ustaznya mengenai masalahnye itu. Akhirnye ustaznye suruh dia pulang ke kampong dan minta maaf pada ibunye. Dia pn pulang ke kampong dan berkata pada ibunye., �gwahai ibu, izinkanlah anakmu ini pergi menuntut ilmu, anakmu berjanji bila anakmu sudah berjaya,anakmu ini akan membantu keluarga kita ini�h. Akhirnya si ibu tadi membenarkan anaknye pergi menuntut ilmu dengan hati yang senang. Dengan izin Allah s.w.t, si anak tadi mudah untuk menerima ilmu yang di pelajari dan berjaya lulus dengan cemerlangnya dan sekarang dia memegang jawatan yang tinggi. Untuk pengetahuan pembaca,cerita ini adalah kisah benar yang penulis dapat dari sebuah ceramah. Cuba kita cek balik diri kita ini. Adakah ibu bapa kite melepaskan kite pergi menuntut ilmu smpai ke Japan ini dengan hati yang senang atau mereka begitu berat untuk melepaskan kita pergi. Tapi disebabkan keinginan kite untuk menjadi orang yang berjaya, mereka TERPAKSA juga melepaskan kite pergi. Cube kita tanya pada mereka adakah mereka benarkan kita pergi ini dengan hati yang senang? Marilah sama-sama muhasabah diri, dalam kita sibuk mengejar cita-cita dunia ini, janganlah sampai keredaan dari ibu bapa kita tidak dapat. Jika tiada keredaan dr ibu bapa, maka hilangla berkat kehidupan kita. Sesungguhnye cita-cita kita yang paling tggi adalah mati syahid dan kita mendapat keredaan Allah.Ingatlah, pada suatu hari nanti, insyaAllah kita pula yang akan berada di tempat ibu bapa kita. insyaAllah suatu hari nanti kita akan tahu bagaimana pengorbana ibu bapa kita.
"
Posted on Friday, June 20 @ 07:21:05 EDT by islah
 
Related Links
· More about artikel umum
· News by islah


Most read story about artikel umum:
MUZIK: HUKUM DAN KEDUDUKANNYA

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
 
E-mail @ YM : laman_islah@yahoo.com

© 2008 IslahSite All Copyright Reserved



PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.08 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::