Kaabah Pusat Bumi???
Sebagaimana yang kita
sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana
mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat.
Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah
matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa
pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir
telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru
dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang
kejuruteraan awam.
Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan
arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan
matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati
kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan
beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah
adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui
ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi
membuat kiraan dan melukis peta tersebut.
Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749
Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat
di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar".
Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. eorang lagi
pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan
peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden
kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan
kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary
dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan
Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui
benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research
Center" yang
berpusat di Kaherah, Mesir."