|
| Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita |
|
muslimah writes "Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik
jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak
seratus dinar.
Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah
yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu
tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui,
bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang
sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari
pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
Setelah wang sebanyak
seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu
serta berkata kepadanya: “Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda,
oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang
seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.”
Wanita pelacur itu
berkata: “Silakan masuk ke rumahku.”
Dengan tidak berfikir panjang, ahli
ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita
itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu
duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: “Marilah segera mendekatiku.”
Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada
waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh
tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata:
“Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar
itu ambillah olehmu!”
Wanita pelacur itu kembali bertanya: “Apakah
sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku
sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang
sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu
inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?”
Lelaki
ahli ibadah itu berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas
kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi
meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya
aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.
Wanita pelacur itu berkata:
“Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain
melainkan kamu.”
Lelaki ahli ibadah itu berkata: “Biarlah aku keluar!”
Wanita pelacur itu menjawab: “Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi
suamiku.”
“Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini!” kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: “Apakah yang membuatmu merasa keberatan
bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?”
Lelaki itu
menjawab: “Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi
meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.”
Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi
meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia
ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali
segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan,
hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata:
“Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.”
Ketika ahli ibadah
melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan
wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah
tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada
orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? “Apakah
lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai
saudara?”
Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: “Ia ada mempunyai
seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan
kemiskinan.”
“Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai
ganti dari lelaki yang aku cintai ini,” kata wanita itu.
Akhirnya wanita
tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan
tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang
kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya."
|
|
Posted on Wednesday, May 07 @ 12:00:11 EDT by islah |
|
|
|
| |
|
Average Score: 5 Votes: 1

|
|
| |
|
|
|
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|