|
| Keistimewaan Bumi BaitulMaqdis |
|
ummuhabibah writes "Antara keistimewaan bumi BaitulMaqdis yg diikiraf ALLAH swt dalam kalamNya yg mulia dan hadis Rasulullah saw : 1) Dianggap suci dan diberkati kerana terdapatnya Masjidil Aqsa; (i) Masjid kedua dicipta ALLAH swt di muka bumi ini ( HR Bukhari & Muslim-Nabi saw pernah ditanya "Masjid apakah yg pertama dibina di atas muka bumi ini?".Baginda saw menjawab "Masjidil Haram". "Selepas itu masjid apakah pula?". Baginda saw menjawab "Masjidil Aqsa."
(ii) Masjid ketiga paling suci bagi umat Islam (HR Bukhari & Muslim :Nabi saw bersabda "Janganlah kamu bersusah payah utk bermusafir kecuali utk menuju ke tiga masjid- Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa." (iii) Firman ALLAH swt : "Maha Suci ALLAH swt yg telah mengIsra'kan hambaNya (Muhammad saw) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkati sekelilingnya utk Kami perlihatkan kpdnya tanda2 kekuasaan Kami" (al-Isra':1)
2)
Berdasarkan perspektif Islam,tempat ini merupakan Padang Mahsyar
selepas Kiamat dan merupakan pusat keamanan sejagat (Berdasarkan hadis
Maimunah binti Saad yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad dlm musnadnya dan
juga Ibn Majah: Maimunah telah bertanya kpd Nabi saw; "Ya Rasulullah saw, berikan kami fatwa berkenaan Baitul Maqdis." Baginda saw menjawab "Ia adalah bumi Mahsyar dan Kebangkitan".
3)
Ia merupakan tanah para anbiya'.Bahkan ramai anbiya' yg disebut dlm
al-Quran dilahirkan,dibesarkan dan disemadikan di sini (lebih 50
orang). Antaranya Nabi Ibrahim as(dimakamkan di Khalil-Hebron),Nabi
Ismail as, Nabi Musa as, Nabi Ishaq as, Nabi Ya'qub as, Nabi Syu'ib as,
Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Isa as dll.
***petikan drpd buku Al-Aqsa dalam Bahaya!! oleh Maszlee Malik***
Sedarilah
saudara2 seiman dan se'aqidah...bumi suci ini milik kita semua, bukan
hanya penduduk Palestin.Bangkitlah berjuang bersama2 para Mujahidin di
sana utk membebaskan dan mempertahankan Masjidil Aqsa yg kini semakin
terancam oleh tangan2 kuffar la'natullah.Janganlah pernah berhenti
berdoa memohon pertolongan ALLAH swt krn pertolonganNya sangat
dekat.Mohon semoga para Muslimin di sana ditetapkan dan dikuatkan iman
menghadapi jihad ini.Boikotlah barangan Israel (antaranya
Nestle,Danone,Scott,Johnson&Johnson,Coca Cola dll-rujuk
http://www.inminds.com/boycott-israel.html). Takutlah pada ALLAH swt
utk tak mengambil peduli nasib mereka, juga nasib kita sbg umat Islam.
Setiap
rakyat Palestin yg mati di Gaza disebabkan sekatan, kamu sekalian akan
bertanggungjawab di hadapan ALLAH swt Hakim Yg Maha Adil ke atas setiap
tiik darah yg mengalir - Aman Palestin Berhad-"
|
|
Posted on Tuesday, April 15 @ 05:37:37 EDT by islah |
|
|
|
| |
|
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|