|
| penilaian ke atas sebaran wajib diam ketika azan |
|
Hakinaz08 writes " Pernahkah anda mendapat sebaran berbunyi begini: Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkandiri ketika azan, jika tidak Allah akankelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya.
Saya seringkali mendapat sebaran dengan kenyataan sedemikian. Terlalu penat untuk saya menjelaskan kepada setiap seorang yang menyebarkan mesej sebegitu seorang demi seorang. Maka saya himpunkan penjelasan mengenainya ke dalam entri kali ini.
Moga entri kali ini membantu rakan-rakan yang lain memperoleh penjelasan mengenainya dan sebagai bahan menjelaskan kepada mereka yang masih menyebar tanpa periksa.
PENJELASAN Hadis
tentang kalau tidak diam ketika azan mati tidak boleh mengucap tersebut
tidak diketahui dari mana asalnya. Memandangkan asalnya pun tidak
diketahui, mustahil dapat dilakukan kajian ke atas sanadnya walhal
sanad itu merupakan aspek penting dalam ilmu hadis. Barangsiapa yang
ingin mempertahankannya perlulah membawa bukti yang menyokong kesahihan
hadis tersebut. Atau sekurang-kurangnya bukti hadis tersebut wujud.
Selain
daripada itu, sebaran tersebut kelihatan bertentangan dengan hadis
sahih yang menyuruh menyebut semula apa yang dilaungkan muazzin
bukannya diam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
Jika kalian mendengar seruan (adzan), ucapkanlah seperti yang dilaungkan oleh muazzin. [Sahih Muslim - no:383]
Sekalipun
punya dalil jelas dalam persoalan mengulangi apa yang dilaungkan
muazzin (menjawab azan). Jumhur masih tidak menetapkan hukum wajib
keatasnya. Saya petik satu perbahasan dari kitab Subulus Salam (syarah
kepada kitab Bulughul Maram) berkenaan dengan hukum menjawab azan:
وَقَالَ
الْجُمْهُورُ : لَا يَجِبُ ، وَاسْتَدَلُّوا { بِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ مُؤَذِّنًا فَلَمَّا كَبَّرَ قَالَ : عَلَى
الْفِطْرَةِ ، فَلَمَّا تَشَهَّدَ ، قَالَ : خَرَجْت مِنْ النَّارِ }
أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ . قَالُوا
: فَلَوْ كَانَتْ الْإِجَابَةُ وَاجِبَةً لَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَمَا قَالَ الْمُؤَذِّنُ ، فَلَمَّا لَمْ يَقُلْ دَلَّ عَلَى
أَنَّ الْأَمْرَ فِي حَدِيثِ " أَبِي سَعِيدٍ " لِلِاسْتِحْبَابِ
Berkata
jumhur ulamak: Tidak diwajibkan. Mereka berdalilkan (dengan satu
perbuatan Nabi saw) {ketika mana baginda mendengar tukang azan
melaungkan takbir, baginda bersabda : "(kamu berada) atas Fitrah."
ketika baginda mendengar syahadah, baginda bersabda : "Kamu selamat
daripada neraka."} (Hadis) dikeluarkan Muslim.[1] Jumhur
Ulama berkata : "Jika menjawab azan itu wajib, sudah pasti Nabi saw
akan menyahut azan tersebut sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin.
Maka apabila (terdapat perbuatan Nabi yang tidak menyahut azan seperti
laungan muazzin) menjadi tanda bahawasanya arahan (menjawab azan
seperti hadis dari Abi Sa'id) menunjukkan kepada istihab (sunat)..." [ As-Sana'ani, Subulus Salam. jld. 1, ms. 428]
Jika
menjawab azan yang sudah jelas dalilnya pun merupakan sekadar istihab,
maka tidak patut bagi sesiapa menetapkan hukum wajib diam tanpa
bersandarkan apa-apa dalil sahih. Tambahan lagi, jika dilihat di dalam
hadis di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri bercakap
ketika azan.
Dan
para Sahabat yang merupakan murid kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam juga pernah berbicara semasa azan. Daripada Thalabah bin Abi
Malik al-Qurazi :
أَنَّهُمْ
كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ
الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى
الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا
نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ
أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ
Adalah
mereka di zaman Umar bin al-Khattab, menunaikan solat (sunat) pada hari
Jumaat, sehinggalah Umar masuk ke dalam masjid, apabila Umar masuk (ke
dalam masjid, dan beliau duduk di atas mimbar, lalu tukang azan
melaungkan azan. Kata Thalabah : Kami pun duduk (berhenti dari
menunaikan solat sunat) dan kami berbicara (bersembang). Apabila azan
selesai, lalu Umar berdiri untuk menyampaikan khutbah, kami pun diam
dan tidak ada seorang pun daripada kami yang berbicara. [Muwata Malik dengan Syarah al-Zarqani. Jld 1, m.s. 307]
Kalau
benar terdapat hadis menyatakan berbicara ketika azan akan menyebabkan
tidak dapat mengucap ketika penghujung nyawa, para sahabat tentu tidak
akan melakukannya kerana kesalahan itu membawa implikasi besar.
KESIMPULAN
Tiada
dalil yang menyuruh diam ketika azan. Walau bagaimanapun, adalah
merupakan sunnah dan lebih afdhal menjawab azan. Menetapkan hukum wajib
untuk diam tanpa berlandaskan dalil sahih boleh dikatakan perbuatan
melampau dan memperlakukan agama sesuka hati. Moga kita dipelihara
Allah Subhana wa Ta’ala daripada sikap-sikap sedemikian.
Wallahua'lam.
alFaisal Cyberjaya
25 Mac 2008 / 17 Rabi’ul Awal 1429
8.00 am
http://demipena.blogspot.com "
|
|
Posted on Wednesday, April 09 @ 09:40:44 EDT by islah |
|
|
|
| |
|
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|